Wednesday 29 March 2017

Essential Oil

Entri :49
Teks  : Rosniwati Jamaludin

Bila sebut Essential Oil, mungkin ada yang masih bertanya apakah sebenarnya Essential Oil? Namun ada juga yang tidak merasa janggal bagi mereka yang memang menggunakan Essential Oil dalam menjalani rutin harian mereka.

Essential Oil ialah sejenis minyak pati yang didapatkan dari bahagian-bahagian tertentu tumbuhan. Boleh jadi diambil dari bahagian daun, kelopak, kulit dan batang pokok. Untuk menghasilkan sedikit Essential Oil memerlukan kuantiti tumbuhan yang banyak. Bahkan kualiti tumbuhan tersebut amat dititik beratkan. Bagi menghasilkam Essential Oil diperlukan proses penyulingan semulajadi.

Uniknya Essential Oil ia tiada sebarang kandungan bahan kimia atau bahan sentetik. Saya berani katakan ia 100 persen asli


Orang zaman dulu kala lagi dah guna untuk menggalakkan kesejahteraan fizikal dan mental. Terdapat pelbagai jenis minyak yang penting untuk hampir setiap penyakit di luar sana. Dengan menggunakan beberapa titik seperti yang disyorkan, botol kecil boleh bertahan lama. Rumusannya, essential oil adalah alat rawatan asli yang berkesan dalam mengawal gejala-gejala yang tidak selesa.



Essential Oil terbaik. Dapatkan Essential Oil Ronella pada harga mampu dimiliki. Kualiti tip top harga berbaloi-baloi.

Hubungi saya : Rosniwati Jamaludin -0103194622(Whatsap)

Wednesday 22 March 2017

Asthma di Emergency

Entri :48
Teks  :Rosniwati Jamaludin



Asthma Berulang Kembali

Orang asthma cam saya ni sensitiviti tinggi. Tak boleh sejuk sangat. Tak boleh debu sangat. Tak payah la berangat nak main sky ke, main baling-baling salji. Lupakan, lupakan.

Alhamdulillah tadi neb sekali kat hospital dah clear lung. Bagi mereka yang baru terkena asthma dan yang nak berjinak-jinak nak ke hospital kerajaan waktu setelah office hour ini sedikit tips saya sediakan.

1)Bila semput, bila dah mula bunyi wheezing, omputih kata mengi, kalau ada inhaler atau pump, pump je dulu. Kalau takde pump siap-siap ke hospital.

2)Setelah pump, tunggu satu jam. Kalau tak ok, terus ke spital bahagian EMERGENCY. Pergi hospital jangan lenggang kangkung kak oiii, ic tu bawa. Sebaiknya ada seorang yang teman untuk uruskan pendaftaran. So kerja jadi cepat. Tak perlu tunggu siap daftar anda terus ke bahagian pemeriksaan. Normally diorang akan cek vital sign. Then on the spot pergi neb.

3)Neb pertama kalau ok boleh balik dah. If ada ronchi, suara tambahan yang diorang dengar melalui stetoskop diorang akan neb lagi. Kali kedua tak ok, maybe plan fo xray, atau dokter tengok keadaan anda perlu warded atau tidak. Wanita hamil tidak boleh xray.

4)In case boleh balik, beritahu dokter kalau ada batuk, selesema. Dan pada wanita hamil tolong beritahu yang anda hamil sebab untuk wanita hamil dokter tidak berikan ubat batuk dan selesema. Sebab ubat tidak sesuai untuk kandungan.

5)Kalau masuk ward, itu kena tanya pakar rawatan selanjutnya.

Orang kena athma ni special, rawatan on the spot. Nak habaq satu je, pasai apa, ia mengancam nyawa. Bayangkanlah saluran nafas tu sempit, banyak mana oksigen bagi pun tetap tidak dapat oksigen semaksimalnya. Dan hang letih pasal tarik nafas lebih kuat dari biasa. Otot rib penat, tak cukup tu, otot perut pun kena tarik. So, jangan segan pi Emergency. Dan jangan berlengah dapatkan rawatan.

Sekian dari saya. Harap ia membantu.

Monday 20 March 2017

Asthma

Entri :47
Teks   :Rosniwati Jamaludin


ASTHMA atau SEMPUT
-----------------------------------
Pernah tak tengok orang kena ASTHMA attack?  Pernah tengok macam mana dia bercakap time ASTHMA attack? Pastu  pernah tengok dia pump guna inhaler bila kena ASTHMA attack?

Anda tahu, betapa seriusnya ASTHMA attack ni, bila pesakit ASTHMS pergi klinik kesihatan atau hospital terus dapat rawatan nebulizer atau orang kampung kata sedut gas, bukan sedut gam ok!

So astma merupakan emergency, perlu penanganan segera!

Kalau ibu anda, anak anda, adik-beradik anda, saudara mara anda atau rakan anda kena serangan ASTHMA tolong jangan dibiarkan. Anda perlu tahu bila anda perlu ke hospital? Anda perlu tahu yang pesakit ASTHMA  muncul tanpa batas waktu. Pagi, petang, siang, malam pesakit ASTHMA boleh muncul. So, anda perlu tahu yang anda kena ready anytime untuk jadi superman bila anda berada dikala pesakit ASTHMA sedang diserang ASTHMA!

Thursday 16 March 2017

Telinga Berdesing

Teks : Rosniwati Jamaludin
Entri: 46


     Berada di Cameron Highlands bersama keluarga tercinta merupakan saat yang ditunggu-tunggu.  Melepaskan kerinduan bertemu Mak,  Abah dan  adik-adik sesuatu yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.  Hanya wajah mampu menggambarkan perasaan gembira.  Setiap detik terukir dengan senyuman diselangi dengan ketawa dek gurauan adik-beradik. 
     Namun,  cuaca sejuk di Cameron Highlands membuatkan saya tidak betah bertahan di sana.  Beginilah orang astma,  sensitiviti tinggi terhadap persekitaran terutama suhu yang terlalu dingin. Namun,  tubuh masih boleh beradaptasi.
     Saya pulang ke sana dengan satu misi,  menolong ahli keluarga menyiapkan pernikahan adik. Aktiviti mengemas rumah sudah tentu menjadi aktiviti wajib.  Sedang sibuk mengemas saya mula bersih dek kerana habuk.  Mulalah berpakage dengan selesema, batuk,  sakit tekak dan demam. Malamnya,  mendapatkan khidmat nebulizer akibat dari serangan asthma.  Nilah padanya terlupa bawa inhaler ventolin.  Keadaan beransur pulih namun pada malam tersebut,  saya mula merasa telinga kanan amat gatal.  Diikuti rase penuh di telinga dan diiringi bunyi berdesing.
     Adakah gegndang telinga saya bermasalah? Disebabkan ia mengganggu pendengaran saya. Atau infection, akibat dari rasa sakit yang amat sangat. Atau terdapat haiwan yang ingin berkampung di telinga saya. Akhirnya pulang ke Muar saya dapatkan rawatan di kinik kesihatan Sungai Mati. Hasil dari pemeriksaan doktor memberitahu kelihatan gegendang telinga saya sedikit berlubang. Tapi untuk kepastian dia akan rujuk saya ke pakar ENT di hospital Muar.
     Takut sangat, saya mula fikir berlebihan. Mula fikir adakah saya perlu operation atau apakah ini tanda canser?Sebab arwah nenek saya pernah berdarah di lubang telinga dan ia berawal dengan rasa sakit yang akhirnya  bertarung nyawa hingga ke akhir hayatnya melawan canser.
     Saya minta 'second opinion' dari rakan karib saya yang merupakan MO ENT di salah sebuah hospital di Sabah. Menurut belia, selalunya jika ia tidak serius lubang itu tertutup secara alami. Kerana kesibukan melanda, saya terlupa untuk mengikuti temujanji di Hospital Muar. Alhamdulil,ah sekarang sakit dan bunyi berdesing sudah hilang sepenuhnya.
    


Thursday 18 February 2016

Karipap

Entri : 45
Teks  : rosniwati jamaludin
Foto   : milik sendiri

     Sedang meregangkan otot-otot tubuh yang penat bertungkus lumus menyiapkan 2 kg karipap untuk hidangan rewang pernikahan adik. Kami beroperasi dari 9:30 pagi dan selesai 1:00 tengah hari. Mak sedara dan sepupu turut sama-sama membantu menyiapkan.  Mungkin sudah terlalu lama tangan tidak menjamah adunan tepung,  lenggok menguli jadi sangat kekok.  Doh pertama uli keras,  akibat kurang air dan teknik hentam keroma.  Doh kedua,  berjaya menghasilkan doh ysng lembut.  Sesi yang amat digemari ialah mengklem karipap. Setelah terhasil sebiji karipap sahaja cukup memberi kepuasan yang besar bagi pencinta karipap.  Benar apa yang sering dikatakan pakar masakan,  resepi sahaja tidak mencukupi untuk menghasilkan hidangan terbaik.  Teknik juga amat diperlukan untuk menghasilkan masakan yang mempuyai nilai seni tersendiri.
     Saya amat meminati bidang pembuatan kuih-muih.  Pernah satu ketika dahulu saya berniaga dengan menghantar karipap buatan sendiri ke warung-warung sarapan pagi.   Saya juga sempat membuat karipap sejuk beku. Satu pengalaman yang sangat berharga.  Itulah titik tolak pertama saya bergiat dalam dunia bisnes walaupun awalnya saya kosong-kosong tentang bisnes.  Berawal dari mendapatkan bahan mentah,  kaedah pembuatan, kaedah pemasaran,  berkomunikasi dengan pelanggan dan merekod akaun semua saya pelajari sendiri.  Perlahan lahan saya mula mencari pengusaha-pengusaha kuih muih bertanyakan pengalaman mereka dalam bisnes mereka.
Bagi meningkatkan kualiti produk saya turut mencari guru dalam memberi tunjuk ajar bagi meningkatkan kualiti produk.   Namun saya sedari,  sesedap manapun produk sekiranya tidak dikenali akhirnya ia tidak mampu melompat lebih jauh.  Saya berhenti seketika bergiat dalam dunia karipap kerana waktu itu saya sudah sarat hamil. Hari ini saya mula rindukan detik-detik bisnes karipap.  Insyaallah bakal saya lanjutan.
     Di sini saya ingin kongsikan resepi kulit karipap yang bersifat ekonomi namun berkualiti. Sangat sesuai untuk mereka yang ingin memulakan busnes karipap.

Inti kulit karipap:

1 kg tepung gandum(apa-apa jenama pun boleh,  nak jimat cari yang murah)

1-2 cawan minyak masak(dipanaskan terlebih dahulu)

Masukkan minyak masak panas ke dalam tepung gandum.  Kacau dengan senduk kemudian perap hingga sejuk.  Kemudian ratakan tepung gandum dan minyak masak tadi.  Setelah kelihatan sekata,  masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga nenjadi doh yang lembut.


 
     

Tuesday 26 January 2016

Ulasan kelas ABDR

Entri:46
Teks :rosniwati jamaludin

Pelajar:rosniwati jamaludin
Guru    :Puan Anys Zakaria
Kelas    :Kelas Blog Mula Bisnes dan Penulis san

Assalamualaikum.
     Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih  kepada Puan Masayu Ahmad yang merupakan pengasas ABDR, puan Anys selaku guru blog online yang telah memberi bimbingan, Puan Nasriah Abdullah yang membantu saya menyertai ABDR.
     Tujuan utama saya menyertai ABDR adalah untuk mempelajari gaya penulis blog serta menambah kenalan yang mempunyai minat,  misi dan tujuan yang sama.  Saya berpengalaman membina blog sebelumnya,  tapi sayangnya saya gagal menarik pengunjung.  Bila saya bermuhasabah,  blog saya ni lebih kepada syok sendiri dan saya tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk memantapkan  blog.  Bila diamati,  gaya penulisan adalah amat penting.  Akhirnya saya diberi peluang berguru dengan Puan Anys.  Selama bimbingan saya mulai belajar diajar teknik membina blog, pemfokusan blog dan teknik tulisan berpengaruh. Sebelum ini blog saya caca marba jadinya. Di situlah saya nak cerita tentang kesihata,  roti,  homeschooling dan perniagaan.  Dengan bimbingan puan Anys saya dapat alurkan arah blog saya.  Sesuai dengan bidang saya pelajari dan minat saya,  saya kini berjaya menghasilkan blog berkonsepkan kesihatan.  Paling menarik di sini,  kita sentiasa mendapat sokongan motivasi dari rakan-rakan ABDR.
     Kelebihan kelas ABDR pada saya ialah ianya sangat  fleksibel. Kita mampu mengatur masa kita sendiri.  Penyampaian kelas oleh Puan Anys secara online amat mudah difahami.  Bahkan, ada di kalangan guru-guru di ABDR turut memberi garis panduan. Inilah kelebihan kerja berpasukan. Sebagai pelajar,  prinsip yang harus dipegang ialah kerajinan dan konsisten dalam menyiapkan tugasan. Kelas ABDR juga menyediakan pelbagai ebook yang sangat sesuai utk 'Work at Home Mom'. Anda yang meminati dunia perniagaan juga dapat berpeluang menjana pendapatan.
     Cadangan saya untuk masa hadapan, sebagai rakan sepasukan kita seharusnya tingkatkan kerjasama dengan saling mengenali antara satu sama lain dan saling memberi masukan yang bermanfaat dalam meningkatkan kualiti blog.
    Sahabat ABDR yang dikasihi,  saya amat mengalu-alukan masukan yang bermafaat dari anda.  Sila ikuti blog saya http://rosniwatijamaludin.blogspot.my.
Assalamualaykum

http://rosniwatijamaludin.blogspot.my

Kurus dengan air kosong

Entri:44
Teks:rosniwati jamaludin

Teringat sewaktu saya belajar dahulu.  Pernah saya bertanya seorang rakan saya kenapa dia makan banyak tapi dia boleh kurus.  Jawapan dia, dia pun tak pasti tapi dia memang banyak minum air kosong.

Di sini ada beberapa fakta tentang fungsi air kosong dalam tubuh:

*Air berfungsi untuk membantu proses metabolisma badan dimana mengubah sumber makanan kepada bentuk tenaga

*Air sebagai bahan bakar untuk mendorong reaksi kimia metabolisma. Kandungan air yang cukup dapat membakar kalori dengan baik.

*Air penting dalam proses pencernaan untuk menyerap nutrient. Apabila daya penyerapan berkurang,  tubuh akan memberi isyarat bahawa tubuh kekurangan mineral.  Akibatnya kita akan terasa lapar.

#Jadi sebaiknya kita memerlukan sekurang-kurangnya 2 liter air sehari untuk diminum.  Ayuh,  kita cuba petua ini dulu.